“Dia Boleh Bawak Aku Duduk Sini?” – Azad Jasmin
Dunia
Kosmo & Era
Advertisements

Respon yang diberikan oleh selebriti terkenal tanah air, Azad Jasmin mendapat perhatian warganet ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari.

Beliau yang mesra disapa dengan panggilan Pak Azad itu kelihatan berada di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menonton pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor.

Walau bagaimanapun, beliau yang hadir bersama rakan-rakannya seolah-olah diusik apabila dibawa duduk bersama-sama para penyokong JDT.

Advertisements

Gelagat pelakon dan pengacara terkenal ini membuatkan ramai terhibur kerana beliau tampil dengan memakai jersi pasukan Selangor.

Pak Azad juga sempat berseloroh dengan seorang lagi pelawak terkenal, Jep Sepahtu.

“Dia bawa aku (Jep) suruh duduk sini, dia nak aku mati besar-besaran ke apa ni?”

Advertisements

Jep bagaimanapun tenang membalas kata-kata Azad yang pertama kali hadir menonton perlawanan bola sepak.

“Dia ni pertama kot datang tengok bola, tak tahu mana kena duduk,” jelas beliau dalam video tersebut.

Pada aksi tersebut, JDT berjaya bangkit untuk mencatatkan kemenangan 2-1 sekaligus mengesahkan kejuaraan ke-4 pada musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram