Diogo Luis Santo Kembali Sertai JDT
Dunia
Yahoo Sports
Advertisements

Tatkala pasukan-pasukan Liga Super lain rancak membuat persiapan pada musim hadapan, JDT dilihat berahsia tentang usaha perpindahan yang digerakkan. Tetapi satu nama sah akan menyarung jersi Harimau Selatan musim hadapan iaitu Diogo Luis Santo.

JDT mengumumkan ketibaan pemain import dari Brazil itu menerusi hantaran video di medium laman media sosial mereka hari ini.

Diogo bukan nama asing dalam kalangan penyokong JDT. Menyertai kelab selama dua musim (2019-2020), 16 golnya membantu JDT menjulang Liga Super pada 2019 dan 2020 dan Piala Malaysia 2019.

Advertisements

Selain JDT, Diogo juga pernah beraksi bersama Olympiacos, Buriram United dan BG Pathum United. Dengan rekod jaringan yang hebat di Buriram, BG Pathum dan JDT, dia bakal membentuk gandingan penyerang yang tajam bersama Bergson da Silva.

Diogo bukan satu-satunya awang import baru yang menyertai Harimau Selatan. Khabarnya, JDT juga turut dikaitkan dengan pemain tengah Chile Esteban Pavez, pemain sayap Sepanyol Juan Muniz dan bekas rakan sepasukan Diogo di BG Pathum, Ernesto Phumipha.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram