Dunia
Bg pathum
Advertisements

Penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santos memberikan respon terhadap kenyataan yang diberikan oleh pengerusi BG Pathum United, Pavin Bhirombhakdi. 

Pengerusi BG Pathum mendedahkan bahawa mereka mahu mengekalkan khidmat Diogo sehingga habis musim. Namun, penyerang Brazil itu yang mahu menamatkan kontrak dengan lebih awal meskipun jurulatih telah ditukar. 

Sebelum ini, Diogo difahamkan mempunyai masalah dengan jurulatih lama kerana tidak diberikan tempat utama dalam skuad. Sehinggakan, nama beliau tidak tersenarai dan kontraknya tamat serta merta pada bulan November tahun lalu.

Advertisements

Pendedahan itu disangkal oleh Diogo sendiri di ruangan komen di Facebook U Football. 

Pemain sayap berusia 35 tahun itu menyatakan bahawa penyokong juga perlu tahu perkara yang sebenar. Beliau mahu kelab bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara yang sebenar. 

“Kelab patut malu dengan apa yang dilakukan kepada saya, mereka sepatutnya lebih menghormati peminat, orang tidak tahu 10% apa yang berlaku di dalam, demi bola sepak Thailand harus lebih telus,” katanya di ruangan komen Facebook U Football. 

Advertisements
Diogo komen Diogo Tak Puas Hati Dengan Tindakan BG Pathum
Facebook: U Football

Diogo akui ini adalah tindakan tidak profesional daripada pihak kelab. Beliau malu dengan BG Pathum yang tidak jujur dalam situasi sebegini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram