Dion Cools Akhirnya Jelaskan Tentang Masa Depannya Di Eropah
Dunia
Azri / MakanBola
Advertisements

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools mengakui perpindahannya ke FC Jablonec baru-baru ini merupakan satu pilihan yang tepat.

Beliau menjelaskan beliau kini gembira beraksi di Liga Czech. Pasukan yang diwakilinya juga menyambut baik kedatangan pemain berusia 26 tahun ini.

“Ketika di Denmark, saya beritahu kepada jurulatih bahawa saya mahukan lebih minit permainan untuk buktikan kemampuan sebenar. Apapun saya gembira untuk beraksi dengan pasukan sekarang (FK Jablonec).”

Advertisements

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan mengenai masa depannya di eropah. Jika ada tawaran yang baik, maka beliau akan kekal di eropah.

“Saya tiada perancangan untuk pergi ke mana-mana. Saya melihat kepada tawaran, mungkin saya kekal bermain di eropah atau tidak. Kita lihat bagaimana,” ujar Dion Cools.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram