Dion Cools Akui Lebih Gemar Menyerang
Dunia
Advertisements

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi interview khas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Dion Cools mengakui lebih gemar beraksi dalam keadaan menyerang berbanding bertahan.

Dalam aksi pertama Dion Cools ketika bertemu Emeriah Arab Bersatu (UAE), Dion Cools jelas kerap naik membantu bahagian serangan walaupun beliau diletakkan sebagai pertahanan tengah.

Walaupun tindakannya itu agak berbahaya ditambah kepakaran UAE dalam melakukan serangan balas, namun ianya jelas menunjukkan naluri pemain kacukan Malaysia-Belgium ini yang gemarkan aksi menyerang sepanjang perlawanan.

Advertisements

“Dion Cools akui lebih gemar menyerang daripada bertahan.” Jelas Zulhemi di hantaran Twitternya.

Dion Cools beraksi bersama Harimau Malaya sebanyak tiga kali ketika bertemu pasukan UAE, Vietnam dan Thailand dan beliau menerima pujian penyokong bola sepak Malaysia yang menyifatkannya sebagai “World Class”.

Baca: Dion Cools Bangga Beraksi Bersama Malaysia

Advertisements

Dion Cools juga mempunyai pengalaman dalam saingan bola sepak tertinggi Eropah, Liga Juara-juara UEFA ketika bersama pasukan Club Brugge di Belgium dan bersama kelabnya sekarang, FC Midtjlland di Denmark.

Selain itu, Dion Cools juga mengesahkan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk beraksi di Liga Malaysia buat masa ini.

“.. sambil mengesahkan tiada perancangan untuk beraksi dalam Liga Malaysia ketika kontraknya bersama kelab Superliga Denmark, FC Midtjylland difahamkan berakhir pada Jun 2023,” jelas Zulhemi lagi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram