Derby Denmark: Dion Cools Bantu ‘Serangan’ Midtjylland Tewaskan Viborg
Eropah
Advertisements

FC Midtjylland menang bergaya menentang musuh utamanya di Danish SuperLiga, Viborg FC menerusi jaringan Evander dan Anders Dreyer di Stadium Viborg.

Kedua-dua pasukan pernah mewarnai Derby Danish SuperLiga pada tahun 2015 – 2016 sebelum Viborg jatuh ke divisyen ke-2 SuperLiga.

Perlawanan dengan jumlah kehadiran penonton hampir 10,000 orang bukan halangan buat FC Midtjylland menyerap segala tekanan yang diberikan Viborg dan penyokongnya.

Advertisements

Dalam perlawanan ini, Dion Cools berada dalam kesebelasan utama dan diberikan peranan lebih bebas sebagai midfield kanan di belakang Anders Dreyer yang bermain di posisi FW.

FC Midtjylland yang tampil dengan susunan posisi 3-4-3 beraksi cemerlang sepanjang perlawanan dan berjaya menyerap perang piskologi yang diberikan pemain Viborg sepanjang perlawanan.

Perlawanan berlangsung dengan kedua-dua pasukan bermain secara kasar disamping berlaku beberapa insiden yang hampir menyebabkan pergaduhan.

Advertisements

Tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan pada separuh masa pertama.

Bersambung babak ke-2, Midtjylland memperkemaskan permainan dan berjaya memperoleh jaringan pertama menerusi tuisan dari jarak jauh pemain muda Brazil, Evander da Silva Ferreira pada minit ke-71.

Selang 6 minit kemudian, Midtjylland menambah derita Viborg menerusi sepakan deras Anders Dreyer dari sebelah kanan.

Advertisements

Dion Cools dikeluarkan pada minit ke-85 digantikan dengan Andersson bagi memperkukuhkan bahagian pertahanan FC Midtjylland.

(Video) Midtjylland vs Viborg: Aksi Dion Cools Menyerang dan Bertahan Buktikan Kualitinya

Perlawanan tamat dengan jaringan 0-2 memihak kepada Midtjylland sekaligus melonjak ke tangga teratas Danish SuperLiga dengan 6 mata.

Advertisements

Dion Cools akan kembali ke Malaysia September ini sebagai persediaan Harimau Malaya menghadapi pusingan ke-3 Kelayakan Piala Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram