(Video) Midtjylland vs Viborg: Aksi Dion Cools Menyerang dan Bertahan Buktikan Kualitinya
Eropah
Photo Instagram @fcmidtjylland
Advertisements

Dion Cools akhirnya diberikan peranan lebih penting dalam pertembungan Derbi Danish SuperLiga melibatkan FC Midtjylland dan Viborg.

Berada dalam kesebelasan utama menentang pasukan derbi yang pernah mewarnai SuperLiga untuk musim 2015/16 bukan halangan untuk pemain kelahiran Kuching, Sarawak ini membukti kemampuannya bermain dalam perlawanan dengan intensiti tinggi.

Pertembungan Midtjylland-Viborg turut diwarnai terjahan keras dan beberapa kali perlawanan dihentikan apabila mereka hampir bergaduh.

Advertisements

Dion Cools beraksi dengan sangat baik dan beliau turut mampu membuat balingan bola terus masuk ke kotak penalti Viborg.

Pada minit ke-23, Cools membuat balingan kuat 23 meter terus ke kawasan kotak penalti Viborg.

Selain berjaya membuat hantaran tepat sepanjang perlawanan, Dion Cools turut berjaya membantu barisan pertahanan dengan tackle-tackle keras tepat menghalang beberapa percubaan pasukan tuan rumah.

Advertisements

Beliau tidak berhenti membantu bahagian serangan FC Midtjylland sekaligus membuktikan kebenaran kata-katanya berkenaan nalurinya yang lebih gemar menyerang.

FC Midtjylland kini di takhta Danish SuperLiga dengan 6 mata. FC Midtjylland akan bertemu PSV 4 Ogos ini untuk perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara UEFA 2021/22 di Stadium Philips, Belanda.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram