Dion Cools: Bukan Niat Saya Tidak Mahu Menyarung Jersi Harimau Malaya
Dunia
Dion Cools
Advertisements

Pertahanan pasukan FC Mitdjylland, Dion Johan Cools hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai desas-desus beliau tidak berada dalam senarai akhir pemain yang dibawa untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan.

Menurut satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram rasminya, Cools telah menjelaskan situasi sebenar selepas tular beliau berada dalam senarai bangku simpanan pasukannya ketika berdepan cabaran lawan dalam liga yang berlangsung baru-baru ini.

Seterusnya, beliau ingin situasi ini jelas dalam kalangan penyokong tatkala sebahagian peminat merasakan bahawa beliau tidak lagi mahu mewakili Harimau Malaya.

Advertisements

Namun begitu, pemain berusia 25 tahun ini menyatakan, beliau yakin para peminat sudah pun mengetahui bahawa impian dan keinginan yang tinggi sentiasa berada dalam dirinya ketika diberi peluang untuk menyarung jersi kebangsaan.

‘Semua orang tahu saya amat berbangga kerana dapat menyarung jersi Malaysia.’

‘Ia satu penghormatan yang besar dan saya memandangnya secara serius.’

Advertisements

Pemain kacukan Malaysia-Belgium ini sedar bahawa ketiadaannya bersama skuad kebangsaan nyata mendapat pelbagai reaksi para penyokong namun beliau menjelaskan bahawa kecederaan telah memaksa beliau untuk diketepikan bagi cabaran negara kali ini.

‘Saya mengalami kecederaan yang serius dan belum pulih sepenuhnya.’

‘Kelab dan saya sendiri telah bersetuju untuk menggunakan tempoh cuti ini untuk memastikan saya dapat kembali beraksi.’

Advertisements

Sungguhpun begitu, keputusan yang diambil olehnya telah menyebabkan beliau bakal terlepas 2 perlawanan bersama pasukan kebangsaan.

Pemain yang baru sahaja memilih untuk mewakili Malaysia pada Kelayakan Piala Dunia 2022 ini berharap agar para penyokong menerima keputusan yang telah dipilihnya dengan hati yang terbuka dan meminta agar semua pihak dapat menghormatinya.

Kehilangan Cools telah diumumkan bersama-sama seorang lagi pertahanan kanan Selangor FC, Syahmi Safari yang turut diketepikan atas faktor kecederaan juga.

Advertisements

Ketiadaan Cools dilihat bakal memberi sedikit kesan kepada pasukan negara ketika beliau memainkan peranan yang cukup besar untuk membantu barisan pertahanan negara menampilkan aksi yang cukup cemerlang bersama Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram