Advertising
Dion Cools Dalam Perjalanan Ke Qatar
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia/Dion Cools

Skuad Harimau Malaya bakal lengkap dengan kehadiran Dion Cools ke dalam pasukan.

Menerusi catatan instatory pemain pertahanan itu, beliau dilihat berada di dalam kapal terbang dan sedang dalam perjalanan ke Qatar berdasarkan emoji yang disertakan.

Instastory Dion Cools Dion Cools Dalam Perjalanan Ke Qatar
IG: Dion Cools

Cools dijangka tiba ke Qatar hari ini dan bakal memulakan sesi latihan bersama rakan sepasukan yang lain bagi menghadapi perlawanan persahabatan berdepan Syria nanti.

Ad

Sebelum ini, pertahanan Buriram United itu tidak dapat menyertai sesi latihan awal di Wisma FAM kerana masih mempunyai komitmen bersama kelabnya di Thailand.

Malaysia tiba di Qatar dua minggu awal bagi membiasakan diri dengan persekitaran di sana sebelum aksi pembuka tirai berdepan Jordan pada 16 Januari.

Ad
Ad

Satu aksi persahabatan juga dirancang oleh skuad negara iaitu berdepan Syria pada 8 Januari ini dan semestinya kehadiran Cools dapat melancarkan perancangan Kim Pan-gon di sana.

Ad