Dion Cools Dijangka Dalam Kesebelasan Utama Menentang Vejle
Eropah
FCM TV
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion-Johan Cools dijangka berada dalam kesebelasan utama untuk satu perlawanan Liga Super Denmark melibatkan FC Midtjylland menentang pasukan tercorot liga, Vejle BK.

Selepas 16 perlawanan liga musim 2020/21, Vejle hanya mampu memperoleh 8 mata menerusi 2 kemenangan dan dua keputusan seri dan deretan kekalahan.

Dion Cools sebelum ini kerap diturunkan sebagai pemain gantian menggantikan pemain Sweden, Joel Andersson dan turut tidak beraksi menentang Braga dalam aksi Liga Europa UEFA.

Advertisements

Kemenangan ke atas Vejle kelak bakal mengukuhkan lagi kedudukan Midtjylland di tangga teratas liga dengan kelebihan 4 mata berbanding pencabar terdekat, FC Copenhagen.

Sejak menyertai Midtjylland pada tahun 2020, Dion Cools telah beraksi sebanyak 29 perlawanan dan berjaya menjaringkan 1 gol.

Sebelum ini Cools mengalami kecederaan dan dipercayai beliau kini benar-benar cergas dan turut bersedia menyertai kem Malaysia di Singapura untuk kejohanan Piala AFF 2020.

Advertisements

Perlawanan Vejle menentang FC Midtjylland bakal diadakan pada 30 November jam 2.00 pagi waktu Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram