Ads
Dunia
Azri / MakanBola

Kapten pasukan kebangsaan, Dion Cools dilaporkan akan terus kekal beraksi di luar negara sehingga tahun 2023.

Advertisements

Pemain berusia 27 tahun itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah dan pernah beraksi bersama beberapa kelab sepanjang kariernya.

Advertisements

Ketika ini, pemain kelahiran Sarawak ini sedang beraksi bersama  kelab di Reublik Czech iaitu FK Jablonec.

Advertisements

Advertisements

Walau bagaimanapun, masa depan Cools mula menjadi tanda tanya apabila beliau sering dikaitkan dengan desas-desus untuk beraksi di Liga Malaysia.

Bekas bintang Club Brugge ini bagaimanapun difahamkan akan kekal beraksi di luar negara dengan kelab Asia menjadi pilihan terbarunya.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh Syafiq Freman, Cools akan beraksi bersama salah sebuah kelab di Asia untuk memuktamadkan perjanjian.

Advertisements

Urusan kontrak difahamkan sudah pun termetrai antara pihak pemain dan juga kelab dan hanya menanti pengumuman rasmi penyertaan pemain harapan Malaysia ini ke kelab tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram