Dunia
HRH Crown Prince of Johor
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools dikatakan semakin hampir menyertai Johor Darul Ta’zim menerusi satu hantaran Twitter pemerhati bola sepak, Juan Budiman.

Sebelum ini gosip perpindahan Dion Cools ke Johor Darul Ta’zim (JDT) tular beberapa kali namun kali ini ianya seakan-akan hampir menjadi kenyataan berikutan beberapa faktor antaranya Dion Cools tidak segera kembali ke Denmark dan menghadiri sebuah majlis di Johor Bahru.

dion cools jdt Dion Cools Dikatakan Semakin Hampir Sertai JDT
Edit by SF

Juan Budiman turut memuat naik gambar yang dikongsikan di Instagram Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memaparkan kelibat Dion Cools bersama TMJ, Fernando Forestieri dan Benjamin Mora dengan kapsyen #DoneDeal.

Advertisements

Dion Cools sebelum ini berpengalaman luas beraksi di Eropah termasuk beberapa kali beraksi bersama pasukannya menentang gergasi Eropah dalam saingan Liga Juara-juara EUFA.

Beliau turut menjadi watak penting skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon membantu pasukan mara ke Piala Asia 2023.

Seandainya Dion Cools benar-benar menyertai JDT, pasukan Harimau Selatan tersebut dilihat benar-benar serius mempersiapkan pasukan untuk menghadapi saingan tertinggi Asia, Liga Juara-juara AFC yang bakal bersambung kelak selain memperkukuh skuad sedia ada untuk saingan domestik.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram