Dion Cools Diturunkan Menentang Anderlecht Dalam Satu Perlawanan Persahabatan
MakanBola
RSC Anderlecht
Sponsors

Pemain pertahanan baru Essevee, Dion Cools memperoleh minit permainan yang diperlukannya tidak sampai seminggu selepas diumumkan sebagai pemain baru SV Zulte Waregem (Essevee) yang beraksi dalam saingan Belgium Jupiler Pro League.

Dion Cool berada dalam kesebelasan utama untuk perlawanan pemanas badan menemukan pasukan di tangga ke-3 liga, Anderlecht menentang Essevee di padang latihan Neerpede sebelum dikeluarkan pada separuh masa ke-2.

Ad

Pasukan tuan rumah, Anderlecht jelas tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Essevee walaupun menurunkan skuad keduanya yang diwakili pemain bawah 23 tahun.

Ad

Jaringan pasukan Anderlecht dijaringkan oleh Sergio Gómez 14′, Mario Stroeykens 32′ dan Anouar Ait El Hadj 34′.

Dion Cools sebelum ini dipinjam ke Essevee dari FC Midtjylland dengan kontrak pinjaman sehingga akhir musim ini.

Ad

Beliau sebelum ini menjelaskan mencapai kata putus dengan pihak Midtjylland untuk dipinjamkan untuk memperoleh lebih peluang beraksi selepas bergelut pulih dari kecederaan sebelum ini ketika beraksi bersama FC Midtjylland.

Ad

Perlawanan ulangan Anderlecht menentang Essevee boleh disaksikan di MakanBola TV.

Ad

Essevee bakal bertemu Oostende 16 Januari ini untuk saingan Liga Belgium Jupiler Pro.