Dion Cools Gah Pacu Buriram United Hampiri Kejuaraan Thai League 1
Asia Tenggara
MakanBola
Buriram United
Advertisements

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools berjaya meraih trofi penting bersama pasukannya, Buriram United selepas menundukkan Lampang.

Pemain berusia 26 tahun itu telah melengkapkan perpindahan ke Asia Tenggara daripada kelab FK Jablonec di Republik Czech.

Advertisements

Beliau jelas memberi impak yang cukup besar kepada pasukan Thailand tersebut apabila muncul selaku pemain utama bersama Buriram.

Kebolehan bekas bintang Club Brugge ini untuk beraksi pada beberapa posisi penting jelas membantu pasukan kendalian Masatada Ishii mengekalkan rekod tanpa kalah selama 24 perlawanan berturut-turut.

Advertisements

Dalam aksi bertemu Lampang, Cools sekali lagi menjadi taruhan Buriram untuk mengemudi benteng pertahanan sekaligus menyaksikan mereka menang dengan keputusan 2-0.

Ledakan Jonathan Bolingi seawal minit ke-5 disusuli oleh sepakan penalti Lonsana Doumbouya pada minit ke-19 sudah cukup mengesahkan kemenangan

Advertisements

Kejayaan ini sekaligus memberi petanda yang baik kepada perjalanan karier Cools di Thailand dengan beberapa trofi masih menjadi buruan mereka.

Buriram United kini mengumpul 67 mata selepas 26 perlawanan, 12 mata berkelebihan di depan Bangkok United.

Advertisements

News Comments Account