Advertisement
Dion Cools Garang Bawa Buriram United Ke Final Tumbangkan Port
Asia Tenggara
MakanBola
Buriram United

Bek tengah kebangsaan, Dion Cools berpeluang mencipta pencapaian treble bersama pasukannya Buriram United. Ini selepas bek tengah berdarah Belgium-Malaysia itu membantu Thunder Castle menewaskan Port 2-0 dalam aksi separuh akhir Thai FA Cup hari ini.

Sebaik sepak mula, tuan rumah garang mengasak pasukan pelawat. Tetapi pasukan yang dimiliki oleh Nualphan Lamsam atau Madam Pang itu memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan tuan rumah menggandakan asakan. Dan hasilnya, pemain yang dikaitkan dengan Leicester City, Suphanat Mueanta membuka jaringan pada minit ke-60.

Tersentak, Port Lions cuba bangkit memburu gol penyamaan. Tetapi barisan pertahanan Buriram diketuai Cools memastikan kelebihan 1-0 tuan rumah tidak terus dicabar.

Sebaliknya, Thunder Castle pula menggandakan jaringan pada minit ke-76 menerusi gol sendiri Airton Tirabassi. Keputusan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan kemenangan ini, Buriram melangkah ke pentas final dan bakal bersemuka dengan Bangkok United untuk aksi final pada 28 Mei ini. Cools dan rakan-rakan sepasukannya sudah pasti tidak mahu ulangan kekalahan 4-3 di tangan lawan sama berulang di pentas final Thai FA Cup.

Dengan Thai League 1 semakin hampir dalam genggaman dan layak ke final Thai FA Cup, Buriram dan Cools berpeluang menambah satu lagi trofi iaitu Thai League Cup. Ini kerana mereka perlu berdepan PT Prachuap di pentas separuh akhir pada 26 April.