Dion Cools Ingin Berbakti di Malaysia Dengan Akademi Bola Sepak Sendiri
Dunia
FC Midtjylland
Advertisements

Pemain pasukan kebangsaan, Dion Johan Cools baru-baru ini ada menyatakan impiannya untuk menubuhkan akademi bola sepaknya di Malaysia bagi mengembangkan potensi anak muda di negara ini.

Menurut perkongsian di laman Instagram rasminya, beliau kelihatan amat menyayangi Malaysia sungguhpun baru sahaja membuat penampilan bersama Harimau Malaya pada Kelayakan Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Emeriah Arab Bersatu.

Pemain berusia 25 tahun itu pastinya ingin memanfaatkan pengalaman beraksi di pentas tertinggi di Eropah terutamanya ketika bersama Club Brugge dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) untuk dicurahkan kepada anak tempatan yang berpotensi untuk digilap.

Advertisements

‘Ya sudah tentu saya mempunyai keinginan untuk membangunkan sebuah akademi bola sepak di Malaysia. Saya berharap agar impian saya akan menjadi kenyataan suatu hari nanti,’-Ujar Cools.

Cools yang telah beraksi di Eropah sejak kecil lagi malah penampilan beliau bersama pasukan kebangsaan Belgium (bawah 23 tahun) memberi beliau ilmu dan pendedahan yang sewajarnya bagi membantu bakat muda dibangunkan secara sepenuhnya.

Advertisements

Malah, hal ini terbukti apabila beliau mudah untuk menyesuaikan diri dengan barisan pemain negara ketika membantu Malaysia berdepan cabaran pasukan handalan seperti UAE, Vietnam dan juga Thailand yang berada jauh di hadapan mengikut ranking FIFA.

Tambah pemain ini, untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional yang berjaya, pemain muda terutamanya perlulah bekerja keras lebih daripada pemain lain dan sentiasa menikmati hari-hari yang dilalui .

Advertisements

Selain itu, pemain perlu belajar sesuatu saat mengharungi hari yang buruk dalam karier mereka kerana ia bakal membentuk personaliti dan karakter yang lebih utuh dalam diri seseorang pemain.

Para pemain juga perlu yakin bahawa tidak ada apa-apa yang mustahil untuk dicapai dalam bola sepak kerana setiap orang berusaha dan berkorban untuk mengejar cita-cita mereka.

Advertisements

‘Berlatih dengan bersungguh-sungguh dan sedar yang anda telah berkorban untuk mengejar cita-cita anda.’

‘Jangan bersikap negatif dalam apa jua yang anda lakukan.’

Beliau percaya, perkara yang paling penting dalam diri seseorang pemain untuk terus berjaya dalam karier bola sepak mereka adalah dengan percaya pada diri sendiri.

Pemain ini juga secara terbuka menyatakan keterujaannya untuk beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram