Dion Cools: Kami Sudah Ambil Aura Padang Stadium Phoenix Hill

dion cools malaysia 3 Dion Cools: Kami Sudah Ambil Aura Padang Stadium Phoenix Hill
FAM
Hakim Johari @HakimJohari4
12:46am 09/09/2023

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools memberitahu bahawa skuad kebangsaan Malaysia kini sudah merasai aura padang Stadium Phoenix Hill untuk aksi berdepan China.

Skuad Harimau Malaya telah turun berlatih di Stadium Phoenix Hill yang akan turut digunakan sebagai venue rasmi bagi perlawanan menentang China.

“Ini persiapan yang singkat selepas perlawanan bertemu Syria. Kami telah menjalani pemulihan dengan baik dan semua pemain sudah bersedia. Kami juga sudah menjalani latihan di padang sebenar (Stadium Phoenix Hill) dan sudah merasai bagaimana keadaan padang ini.” ujar Dion Cools dalam sidang media pra-perlawanan Malaysia menentang China.

Dion Cools juga yakin dengan persiapan skuad Malaysia untuk turun berhadapan dengan pasukan di ranking ke-80 dunia itu.

“Kami sudah bersedia dan sepenuhnya yakin untuk bertemu China.” ujar Dion Cools lagi.

Pemain berusia 27 tahun ini sudah melakukan 16 penampilan dan turut berjaya menyumbang 1 gol buat Harimau Malaya.

Perlawanan menentang China merupakan aksi persahabatan terakhir buat skuad Harimau Malaya sebelum kembali pada bulan Oktober untuk kejohanan Pestabola Merdeka 2023.