Dion Cools Kembali Sertai Sesi Latihan Midtjylland
Dunia
djcools21
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia/Belgium, Dion Johan Cools kembali menyertai latihan bersama kelabnya, FC Midtjylland.

Pertahanan berusia 26 tahun itu sebelum ini dikhabarkan bercuti panjang selepas selesai tugasan bersama skuad kebangsaan pada bulan Jun lalu. Dion Cools merupakan antara tonggak yang menjadi nadi kepada kecemerlangan pasukan sehingga berjaya melayakkan diri ke pentas Asia.

Susulan kecemerlangan Cools bersama skuad kebangsaan, beliau telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi dari selatan, Johor Darul Ta’zim. Perkara itu akhirnya telah disahkan dan dijelaskan oleh pemilik kelab, Tunku Ismail dalam satu sesi sidang media tempoh hari.

Advertisements

Tunku Ismail menyatakan bahawa Dion Cools telah bersetuju untuk menyertai JDT bagi saingan Liga Malaysia musim depan setelah kontraknya bersama kelab Midtjylland tamat.

Setakat ini, Dion Cools masih belum merekodkan minit permainan bersama pasukan apabila nama beliau sering tidak disenaraikan dalam senarai pemain walaupun saingan Liga Denmark sudah bermula.

Advertisements

Kelibat Cools yang turun menyertai latihan bersama Midtjylland hari ini menjadi khabar baik buat seluruh peminat bola sepak tempatan untuk melihat tonggak kebangsaan itu kembali mendapatkan minit permainan dan beraksi di Eropah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram