Dion Cools Laung Amaran Keras Berkaitan Harimau Malaya
Dunia
Djcools21
Advertisements

Pemain pertahanan pasukan Harimau Malaya,  Dion Cools melaungkan amaran bahawa pasukan kebangsaan akan terus memperagakan aksi yang diinginkan.

Pertahanan berusia 26 tahun itu menjadi watak penting buat Malaysia sejak memilih untuk membantu negara pada kempen Kelayakan Piala Asia tahun lalu.

Khidmat beliau kini terus ditagih oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon dalam usaha untuk memantapkan lagi jentera pertahanan Harimau Malaya.

Advertisements

Sebelum ini, pada perlawanan persahabatan Tri Nations di Singapura, beliau diturunkan selaku pertahanan kanan namun kini telah dipertaruhkan di barisan pertahanan tengah.

Menurut satu kenyataan beliau menerusi hantaran di laman rasmi Instagram beliau, Cools menyatakan bahawa beliau bangga dengan keputusan positif yang diraih oleh mereka di Bukit Jalil tempoh hari.

“Kemenangan pertama di Bukit Jalil.”

Advertisements

Pertahanan FC Mitdjylland ini iuga yakin ini bakal menjadi titik tolak kepada aksi yang lebih konsisten oleh rakan sepasukannya selepas ini.

“Lebih banyak yang bakal disaksikan selepas ini,” katanya pada hantaran tersebut.

Pertahanan berusia 26 tahun itu membentuk gandingan yang sangat baik apabila gandingannya bersama pertahanan tengah Chonburi FC, Junior Eldstal dan juga Khuzaimi Piee jelas berada dalam kelas tersendiri.

Advertisements

Hasilnya, Malaysia tidak berjaya dibolosi oleh psukan Brunei sungguhpun terdapat beberapa percubaan berbahaya dilancarkan.

Harimau Malaya bakal menentang Hong Kong pada Rabu ini sebelum berdepan ujian sebenar pada pentas Kelayakan Piala Asia Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram