Dion Cools Mahu Padam Memori Luka Berdepan Turkmenistan
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Kemenangan 3-1 semasa pusingan kelayakan Piala Asia tahun lepas ke atas Turkmenistan sememangnya diingati oleh ramai penyokong Harimau Malaya. Tetapi bagi Dion Cools, perlawanan persahabatan malam ini dilihat peluang memadamkan memori luka tahun lepas.

Dalam perlawanan tersebut, Safawi Rasid, Faisal Halim dan La’Vere Corbin Ong muncul sebagai penjaring negara. Tetapi Turkmenistan meraih gol saguhati menerusi Altymyrat Annadurdyyev yang terhasil akibat kesilapan pertahanan yang diketuai Cools.

Justeru, bekas bek tengah FC Midtjylland itu tidak mahu perkara sama berulang pada malam ini. Dengan Pahlawan Karakum berikrar untuk menebus kekecewaan mereka malam ini, Cools mahu memastikan hasrat mereka tidak akan tercapai.

Advertisements

“(Saya) masih ingat kita membuat permulaan yang baik menentang mereka. Saya fikir mereka menganalisis (keupayaan) kita dan tahu kita amat agresif pada permulaan.

“Saya masih ingat gol yang dijaringkan mereka berpunca daripada kesilapan pertahanan kita. Saya percaya, kita secara amnya tidak mahu dibolosi gol dan menjaringkan lebih banyak gol. Itu perkara asas dalam bola sepak.

“Jadi, sebagai pemain pertahanan, kita berusaha mengurangkan kesilapan sebanyak mungkin dan cuba menjadikan pertahanan lebih kuat bagi memastikan ia tidak dibolosi dengan barisan penyerang kita melakukan yang selebihnya,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan persahabatan Malaysia-Turkmenistan semalam.

Advertisements

Harimau Malaya dan Turkmenistan bakal bersemuka di stadium keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram