Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools dilihat sudah sebati dengan kehidupan di Thailand apabila sudah mampu bertutur bahasa tempatan di sana.
Pemain berusia 26 tahun itu antara wajah yang terlibat dalam pelancaran jersi terbaharu bersama tiga orang rakan sepasukannya yang lain.
Kebolehan beliau bagaimanapun mengundang pelbagai respon setelah Cools dilihat beraksi dengan begitu lincah dalam video terseburz
Klip yang dikongsikan oleh Buriram United menyaksikan bekas bintang Club Brugge ligat menari sambil bertutur dalam bahasa Thailand.
Penyokong Malaysia juga mula membanjiri ruangan komen Buriram yang terusik dengan telatah Cools dalam video tersebut.
Ini juga menjadi sisi lain dan juga bakat terpendam pemain kelahiran Sarawak ini di samping bakatnya selaku pemain bola sepak.
Beliau juga kelihatan tidak kekok untuk tampil dalam video tersebut bagi pelancaran jersi baharu pasukan.
Sejak menyertai Buriram United Januari lalu, Cools menjadi antara watak utama pasukan sehingga membantu mereka menjulang treble musim lalu.
Beliau bagaimanapun berdepan saingan sengit musim ini untuk terus memastikan Buriram dapat kekal menerajui Liga 1 Thailand musim ini.