Dion Cools: Saya Tidak Mahu Ulangi Kesilapan Sama
Dunia
fa malaysia
Advertisements

Pertahanan berpengalaman Harimau Malaya, Dion Cools menegaskan akan sentiasa memperbaiki diri biarpun cemerlang beraksi di posisi pertahanan tengah dalam perlawanan persahabatan tempoh hari. 

Pemain harapan Harimau Malaya itu akui pernah melakukan kesilapan mudah di atas padang.

Namun, beliau mahu segera melupakannya dan tekad untuk pamer aksi terbaiknya buat skuad kebanggsaan.

Advertisements

“Saya juga tidak mahu ber­ulangnya perkara sama seperti sebelum ini. Apa yang jadi dalam penampilan lalu akan jadi pengajaran berharga buat saya untuk tampil lebih baik pada aksi kali ini,

“Saya boleh bermain di ba­nyak posisi termasuk di bahagian tengah. Di kelab sebelum ini juga saya pernah bermain di tengah dan saya harap semuanya akan menjadi lebih baik.

Jelas Cools, aksi pertama dalam saingan kelayakan Piala Asia merupakan ujian sebenar buat skuad kendalian Kim Pan-gon. 

Advertisements

“Perlawanan selepas ini adalah penentu sebenar dan kami perlu berikan 100 peratus. Kami perlu pamerkan aksi sehabis baik untuk dapatkan keputusan positif buat pasukan,” kata Dion Cools kepada Kosmo Sukan

Dua kemenangan berturut-turut dan belum dibolosi dalam perlawanan persahabatan tempoh hari sememangnya belum memberi jaminan prestasi Harimau Malaya berada di tahap terbaik.

Akan tetapi, kemenangan tersebut akan menjadi tonik buat pemain untuk membuktikan kemampuan mereka sekaligus raih keputusan positif nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram