Dion Cools Sifatkan Dirinya Sebagai Seorang Pertahanan ‘Moden’
Dunia
Essevee
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools yang kini dipinjamkan ke S.V. Zulte Waregem (Essevee) daripada FC Midtjylland percaya dirinya merupakan seorang pertahanan moden.

Naluri Dion Cools ketika beraksi bersama pasukan Malaysia sebelum ini jelas menunjukkan beliau lebih kerap menolak bola ke atas dan ingin melihat pasukan diwakilinya menyerang berbanding bermain di kawasan sendiri.

“Saya melihat diri saya sebagai pertahan kanan moden yang gemar membantu pasukan bertahan dan menyerang.

Advertisements

“Essevee merupakan sebuah kelab kontemporari dan amat mesra (kepada saya).

“Walaupun keputusan perlawanan terakhir Essevee kurang memuaskan, kelab ini sentiasa ingin berusaha dengan cita-cita yang tinggi dan saya harap saya adalah sebahagian darinya.” Jelas Dion Cools kepada Essevee.

Sementara itu, Pengurus pasukan, Eddy Cordier menyatakan perpindahan pinjaman ini amat penting buat pasukannya yang kini bergelut untuk kekal beraksi di liga tertinggi Belgium, Jupiler Pro League.

Advertisements

“Dion tahu akan persaingan (di sini) adalah 100% fizikal dan mental yang bersedia dan beliau adalah penambahan skuad yang penting buat bahagian pertahanan kami,” jelas Eddy Cordier.

Dion Cools sebelum ini mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan FC Midtjylland untuk mendapatkan lebih minit permainan dan kedua-dua pihak berpuas hati dengan perjanjian pinjaman Dion Cools ke Essevee.

Essevee kini ditangga ke-16 liga selepas 21 perlawanan dan berisiko jatuh ke liga divisyen 2 Belgium.

Advertisements

Dion Cools diturunkan buat kali pertama bersama kelab barunya jam 8.30 malam tadi (9 Januri 2022) dalam satu perlawanan pemanas badan menentang Anderlecht dengan perlawanan berkesudahan Anderlecht menang 3-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram