Dion Cools Tidak Mahu Prestasinya Dinilai Berdasarkan Satu Perlawanan
Dunia
Advertisements

Selepas pasukan Indonesia berjaya singkir pasukan Malaysia dalam peringkat kumpulan saingan Piala AFF Suzuki, terdapat beberapa peminat dari Indonesia yang melancarkan provokasi kepada pemain kebanggsaan, Dion Cools.

Menurut satu kenyataan daripada pemain kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools, beliau berpendapat bahawa setiap individu layak untuk komen tentang dirinya. Namun, beliau beranggapan bukan dengan satu perlawanan sahaja untuk menilai seseorang pemain itu.

Tambah Dion, beliau sudah membuktikan dirinya dengan berjaya beraksi di pentas Eropah. Beliau tahu kelebihan yang ada pada dirinya. Beliau enggan menilai apa-apa kritikan daripada netizen Indonesia.

Advertisements

“Bagi saya ia lucu, pasukan Indonesia berhak menang perlawanan itu. Akan tetapi, mereka tidak boleh menilai dalam satu perlawanan sahaja.

“Saya tahu nilai saya, saya telah membuktikan diri saya di Eropah, saya bermain dalam liga juara, jika mereka mahu komen tentang saya, teruskan. Mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu.

Mengulas lanjut, pemain pertahanan Malaysia itu mengharap semua peman terbaik dalam Liga Malaysia dan Luar dari Malaysia dapat hadir untuk memperkuatkan barisan skuad kebanggsaan bagi menghadapi kejohanan yang akan datang.


“Saya berharap semua pemain terbaik dalam liga Malaysia dan liga lain akan datang, jadi kami memerlukan skuad terbaik kami untuk beraksi pada tahap terbaik kami pastinya,” kata Dion dalam temubual bersama Astro Arena.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram