Instagram Dion Cools Diserang Bocah Indonesia
Dunia
Unit Media Ultras Malaya
Advertisements

Selepas kekalahan pasukan Malaysia keatas Indonesia tempoh hari, peminat bola sepak Indonesia sehingga hari ini tidak henti membuat provokasi apabila ada diantara mereka yang mula menyerang di ruangan komen Instagram pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools.

Hantaran terakhir Dion Cools sebelum perlawanan antara Malaysia dan Indonesia berlangsung itu adalah pada 30 November yang lepas. Namun hantaran tersebutlah yang menjadi medan buat keyboard warrior Indonesia menghentam dan mengutuk pemain FC Midtjlland itu.

Ada antara mereka yang mempertikaikan kebolehan Dion Cools. Cools turut diperli dengan kata-kata sinis seolah-oleh tiada gunanya Cools datang untuk memperkuat skuad Harimau Malaya.

Advertisements

“Sia-sia ku berjuang,” kata Jakarta_Ftbl.

“Baru datang dari Eropah, eh disuruh balik lagi,” tulis As_Fatoni55.

“Kukira pemain bola, ternyata ukur lapang,” ujar Fadlanaflrs.

Advertisements

Kendatipun begitu, ramai juga penyokong Malaysia yang mengambil positif kekalahan tempoh hari dan memberikan kata-kata semangat buat Cools. Cools juga dalam hantaran terbaru hari ini melaungkan semangat untuk skuad negara kembali bangkit bersama Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram