Dollah Salleh Anggap Keletihan Punca Sri Pahang Dibelasah Penang
Dunia
Penang FC
Advertisements

Kepulangan Dollah Salleh sebagai pengendali sementara Sri Pahang ternyata dimulakan dengan langkah kiri apabila mereka dibelasah pasukan tercorot Liga Super, Penang FC dengan keputusan 5-2 dalam aksi Piala FA yang dilangsungkan di Stadium Darul Makmur pada Sabtu.

Pengendali berusia 58 tahun itu beranggapan para pemainnya memulakan perlawanan dengan baik sekali apabila menjaringkan dua gol dalam 20 minit pertama perlawanan sebelum Penang membalas dengan lima jaringan untuk layak ke separuh akhir Piala FA.

“Dalam 40 minit pertama, pemain kami cemerlang. Apa sahaja yang kita rancang semuanya berlaku dengan baik. Namun pada akhirnya perkara menjadi kacau bilau bagi kami,” keluhnya.

Advertisements

“Selepas dibolosi, pemain menganggap ianya sudah selesai. Saya memberitahu para pemain untuk bertahan tetapi ianya tidak berjaya. Pemain sudah keletihan. Disebabkan itulah mengapa para pemain melakukan kesilapan.

“Apabila kami kekurangan seorang pemain, kami masih boleh bersaing tetapi seperti yang saya katakan, selepas minit ke-70, pemain saya benar-benar letih.” luahnya kepada Thestar.

Sri Pahang kini menghuni tangga kedua tercorot Liga Super dan mereka akan berdepan tugas getir pada 27 Julai ini menentang Selangor FC yang berada dalam prestasi terbaik apabila layak ke separuh akhir Piala FA menewaskan Sabah FC di Stadium Likas tempoh hari.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram