Dollah Salleh Latih Pemain Sri Pahang Buat Sementara Waktu
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Umum mengetahui bahawa khidmat Crhristophe Gamel bersama Sri Pahang semakin hampir ke penghujung. Ianya susulan prestasi tidak menentu Sri Pahang dalam saingan Liga Super.

Dikhabarkan bekas pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh akan melatih para pemain Sri Pahang buat sementara waktu sebelum pengendali dari Singapura mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih yang baharu.

“Masa Gamel sudah tamat, dan pengganti beliau sudah ditemui. Ianya berkemungkinan jurulatih dari Singapura.

Advertisements

“Dia dijangka melatih pasukan apabila menentang Pulau Pinang dalam Piala FA (23 Julai). Buat masa ini, Dollah Salleh akan melatih para pemain (Sri Pahang),” dedah sumber kepada Thestar.

Dollah bukanlah nama yang asing buat pasukan Sri Pahang apabila beliau pernah melatih pasukan Sri Pahang untuk beberapa musim sebelum ini.

Untuk musim ini, Dollah merupakan pengurus pasukan Sri Pahang. Sebelum ini dua nama dikaitkan dengan jawatan pengendali Sri Pahang. Kedua-dua nama tersebut berasal dari Singapura iaitu Fandi Ahmad dan V. Sundramoorthy.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram