Dua Kelab Dari Liga Berbeza Intai Khidmat Nurshamil
MakanBola
Trw Kelantan
Sponsors

Selepas mengumumkan perpisahan bersama Kelantan, Nurshamil Abd Ghani kini menjadi pemain berstatus ejen bebas.

Menurut kenyataan daripada wartawan Astro Arena Zulhelmi Zainal, penyerang kelahiran Melaka ini diintai oleh dua kelab dari dua liga yang berbeza. 

Ad

Antaranya adalah pasukan dari Liga Super, Penang FC dan pasukan dari Liga M3, Harini FT. 

Ad

Beliau sertai Kelantan pada musim 2021/2022 dan berjaya mengumpul 17 gol dalam 33 perlawanan. 

Ad

Penyerang berusia 28 tahun ini merupakan tunjang utama pasukan Kelantan musim lepas apabila berjaya membawa pasukan layak ke Liga Super.

Ad

Bukan itu sahaja, beliau juga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak tempatan bagi saingan Liga Perdana musim lepas.

Ad

Bagi musim ini dalam saingan Liga Super, Nurshamil mencatatkan satu jaringan dalam 7 perlawanan. 

Bekas pemain Harimau Muda ini mempunyai potensi besar untuk terus kekal menjadi seorang penyerang tempatan yang luar biasa.