Dua Pemain Muda Malaysia Tarik Minat Kelab ‘Besar’ Jepun
Asia
NFDP Official
Advertisements

Dua bintang muda Malaysia berjaya membuka mata salah satu kelab di Jepun iaitu Shonan Bellmare.

Perkara ini dimaklumkan oleh pemerhati bola sepak Jepun, Ahmad Ridzuan AG menerusi satu ciapan yang dimuatnaik di laman X beliau.

“Sementara itu, 2 pemain skuad AMD U17 akan menyertai trial kedua bersama kelab J1 League, Shonan Bellmare selepas tamat kejohanan Sanix Cup 2024, selama 2 minggu,” tulis Ahmad Ridzuan AG di laman X beliau.

Advertisements

Dua pemain yang dimaksudkan tersebut merupakan pemain Akademi Mokhtar Dahari bawah 17 tahun, Aisy Al Hakim dan Irfan Aswad yang kini sedang membantu pasukan mengharungi kejohanan tersebut.

Tambah Ahmad Ridzuan AG lagi, ini merupakan kali kedua Aisy dan Irfan menjalani percubaan bersama pasukan Shonan Bellmare ini. Sebelum ini, mereka berdua telah dibawa untuk menjalani percubaan pertama pada Oktober lalu.

“Mereka sebelum ini sudah dibawa ke Shonan Bellmare untuk sesi percubaan pertama. Scouting team Shonan Bellmare hadir ke AMD untuk mencari sendiri pemain,” tambahnya lagi.

Advertisements

Pasukan AMD B-17 kini sedang mengharungi kejohanan Sanix Cup 2024 di Jepun dan sudah beraksi dua perlawanan peringkat kumpulan di sana.

Perlawanan pertama menyaksikan pasukan negara kecundang 0-10 kepada skuad remaja Gamba Osaka dan terbaharu tewas menerusi penentuan sepakan penalti 2-4 setelah terikat 0-0 menentang Aomori Yamada High School.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram