Dua pemain warisan berbalas petanda yang memberikan gambaran bahawa mereka bakal menghampiri Harimau Malaya.
Baru-baru ini, hasrat untuk melihat pertahanan Go Ahead Eagles iaitu Mats Deijl menyarung jersi skuad kebangsaan.
Persembahan hebat beberapa pemain di Eropah yang difahamkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia mula menjadi ikutan peminat bola sepak tanah air.
Kapten Burnley FC, Josh Brownhill membantu pasukannya untuk merekodkan kemenangan ke-5 musim ini.
Hantaran peribadinya mendapat sambutan hangat peminat Malaysia dengan harapan beliau boleh mewakili pasukan kebangsaan suatu hari nanti.
Pemain kelahiran Belanda, Taylord Moore bagaimanapun meninggalkan emoji bendera Malaysia pada hantaran tersebut.
Kedua-dua pemain ini difahamkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia selepas Brownhill dikatakan berketurunan Malaysia menerusi neneknya yang berasal dari sini menurut perkongsian Frfuturetalents.
Seorang lagi pemain iaitu Moore dikatakan berketurunan Malaysia menerusi datuknya yang berasal dari Pulau Pinang.
Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi berkenaan dua pemain ini layak mewakili Harimau Malaya namun FAM berusaha keras mencari pemain warisan bertaraf tinggi.
FAM juga mengakui akan terus mencari pemain berkualiti tinggi untuk membantu Malaysia.
“Saya berharap adanya beberapa pemain warisan yang berpengkalan di luar negara ini tidak ‘membantutkan’ usaha kita untuk meneruskan atau mendapatkan pemain terbaik bagi meneruskan agenda kita untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan,” kata Yusoff Mahadi.