Nama Malaysia kembali menjadi bualan penyokong di rantau Asia Tenggara selepas dua orang pengadil bakal membuat kemunculan di Vietnam.
Perkara ini susulan dua orang pengadil ini akan mengambil bahagian dalam aksi minggu ke-7 Liga Vietnam tidak lama lagi.
Menerusi satu kenyataan oleh Asean Football, dua orang pengadil Malaysia yang dimaksudkan itu ialah Tuan Mohd Yaasin Bin Harafiah dan juga Razlan Joffri Bin Ali.
Tuan Yaasin akan mengadili aksi yang melibatkan pertembungan antara Khanh Hoa menentang SHB Da Nang pada 16 April.
Razlan Joffri pula terlibat bagi aksi Thanh Hoa berdepan Ho Chi Minh City pada 17 April akan datang.
Pengalaman ini sudah tentu menjadi detik berharga buat pengadil ini dalam usaha untuk terus meningkatkan mutu pengadilan ke tahap yang lebih tinggi.
Sebelum ini, nama pengadil dari Malaysia, Subkhiddin Mohd Salleh merupakan individu yang sering disebut-sebut kerana telah bertugas pada peringkat tertinggi termasuklah di Piala Dunia Qatar 2022.