Duo ‘Arif’ Bukti Malaysia Tidak Ketandusan Bakat di Posisi Pertahanan Kiri
Dunia
Arena Hijaukuning
Advertisements

Keputusan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk memanggil dua muka baharu untuk mengetuai bahagian pertahanan kiri pasukan negara dilihat sebagai satu tindakan yang cukup berani dan sekaligus membuktikan bahawa Malaysia masih mempunyai bakat di posisi tersebut.

Sebelum ini, Harimau Malaya sering mempertaruhkan khidmat pemain kacukan, La’vere Corbin-Ong yang dilihat memperagakan aksi yang cukup konsisten bersama skuad negara. Selain itu, terdapat juga beberapa pemain yang mendapat tempat dalam pasukan seperti Syazwan Andik dan juga Nazirul Naim yang turut mempamerkan kemampuan di posisi tersebut.

Sungguhpun begitu, pada perlawanan persahabatan kali ini, Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk tidak memanggil Corbin-Ong bagi memberi laluan kepada pemain lain mendapat tempat. Hal ini telah membantu dua pemain muda berbakat untuk meraih debut bersama skuad kebangsaan.

Advertisements

Pertahanan kiri pasukan Terengganu FC, Arif Fadzilah telah tersenarai dalam senarai 24 pemain awal yang dipanggil untuk menyertai kem latihan Oktober ini.

Pemain berusia 25 tahun ini cemerlang mengemudi bahagian kiri pasukan dengan kemampuan untuk bertahan dengan baik menjadi aset terbesar buatnya.

Beliau juga telah menghasilkan 2 bantuan gol dalam 19 perlawanan musim ini.

Advertisements

Selain itu, beliau turut mempunyai kebolehan untuk membantu barisan serangan melancarkan serangan selain berhasil membentuk gandingan mantap bersama Faiz Nasir.

Pemain pertahanan kiri yang seterusnya mendapat panggilan kali ini ialah Ariff Farhan. Pertahanan kiri pasukan Kedah ini cemerlang membantu paukan kendalian Aidil Sharin untuk meraih tempat kedua dalam liga sekaligus menyaksikan pasukan Kedah layak untuk beraksi di saingan AFC musim hadapan.

Pemain ini dipanggil bersama-sama seorang lagi pertahanan Terengganu FC, Shahrul Nizam Roshasni untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Syahmi Safari dan juga Dion Cools yang mengalami kecederaan.

Advertisements

Bukan itu sahaja, persembahan anak jati Kedah ini harus dipuji kerana kekebalan beliau menahan asakan lawan selain kebolehannya untuk turun naik berjaya memberikan kelebihan buat pasukan dari utara tanah air ini.

Ini pastinya merupakan peluang terbaik untuk kedua-dua pemain ini membuktikan kemampuan sebenar bagi membuka ruang untuk mengisi slot ke kejohanan Piala AFF Suzuki Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram