Dusan Vlahovic Kini Diburu Atletico Madrid, Manchester City, Tottenham Dan Juventus
Eropah
Photo: Getty
Advertisements

Penyerang muda kelahiran Serbia, Dusan Vlahovic yang beraksi bersama ACF Fiorentina kini menjadi buruan kelab-kelab besar seperti Atletico Madrid, Manchester City, Tottenham Dan Juventus.

Vlahovic yang baru berusia 21 tahun ini berjaya menjaringkan 21 gol dan 2 assist dalam 37 penampilan liga musim lalu. Penyerang berkaki kiri ini berada di tempat ke-4 carta penjaring terbanyak Serie A musim 2020/2021.

Tottenham dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Vlahovic sekiranya penyerang utama mereka, Harry Kane berpindah ke Manchester City. Manchester City turut menjadikan Vlahovic sebagai alternatif kedua sekiranya mereka gagal membawa masuk Harry Kane.

Advertisements

Selain itu, Juventus juga ingin membawa masuk Vlahovic namun Atletico Madrid ketika ini adalah antara kelab yang paling hampir mendapatkannya.

Atletico dilaporkan bersedia membida sebanyak €50m buat Vlahovic bagi menjadikan pemain tersebut penyerang jangka masa panjang Atletico Madrid namun Fiorentina inginkan harga yang lebih tinggi bagi pemain itu.

Ini berikutan umur Luis Suarez yang sudah berusia 34 tahun. Malah Atletico juga hanya mempunyai dua penyerang tulen iaitu Suarez dan Angel Correa ketika ini. Fiorentina bagaimanapun mahu mengekalkan pemain Serbia itu namun bakal mempertimbangkan tawaran jika menerima tawaran €100m dari mana-mana kelab.

Advertisements

Vlahovic kini menjadi buruan utama selepas kelab seperti Manchester City, Tottenham dan Atletico mempunyai krisis penyerang ketika ini. Dusan Vlahovic bakal menjadi penyerang termahal kelahiran Serbia mengalahkan Luka Jovic sekiranya perpindahan tersebut direalisasikan.

Saksikan aksi Dusan Vlahovic Yang dikaitkan Sebagai Pengganti Harry Kane di Liga Perdana Inggeris.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram