E. Elavarasan Tagih Kudrat Luqman Hakim Di Sukan SEA 2023
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan, E. Elavarasan menagih khidmat pemain yang berpangkalan di eropah, Luqman Hakim Shamsuddin.

Kudrat pemain yang baru ditandatangani Njardvirk ini diperlukan E. Elavarasan bagi memperkuat skuad muda negara di temasya Sukan SEA 2023.

“Luqman Hakim kita ada berhubung dengannya. Ketika ini dia masih di Iceland. Jadi, dia masih dalam masa bermain.”

Advertisements

Jurulatih berusia 61 tahun itu berpendapat Luqman dijangka akan dilepaskan kelab dan akan menyertai sesi latihan bersama kem kebangsaan kelak. Elavarasan meletakkan misi untuk ke pentas akhir dalam kejohanan kali ini.

“Saya rasa kemungkinan besar apabila rehat FIFA Days dia akan dilepaskan kelab dan sertai sesi latihan bersama kami,” kata Elavarasan ketika sesi sidang media hari ini.

Advertisements

Sukan SEA 2023 bakal dilangsungkan di Kemboja pada bulan Mei kelak. Kali terakhir Malaysia membawa pulang pingat emas adalah pada tahun 2011 selepas menewaskan Indonesia dalam penentuan sepakan penalti (4-3) di Jakarta.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram