Eden Hazard Dirisik Kelab Misteri Scotland
Eropah
Getty Images
Advertisements

Bekas bintang Chelsea dan Real Madrid, Eden Hazard kini sedang dirisik beberapa kelab termasuk kelab misteri dari Scotland setelah bergelar ejen bebas bagi musim ini.

Eden Hazard mengalami musim yang sukar sepanjang menyarung jersi Real Madrid selama 4 tahun dan hanya mampu merekodkan 7 gol dalam 76 penampilan.

Kini Hazard yang sudah berusia 32 tahun telah menerima beberapa tawaran daripada beberapa kelab di Amerika, England, Sepanyol, Perancis dan Arab Saudi.

Advertisements

Sebuah kelab misteri dari Scotland yang tidak didedahkan nama juga turut berminat untuk mendapatkan khidmat beliau ketika ini menurut laporan Sport Bible.

Gergasi Scotland, Rangers atau Celtic antara kelab yang mampu untuk membawa masuk Eden Hazard selaku pemain namun tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak buat waktu ini.

Advertisements

Eden Hazard menikmati karier bola sepak yang cemerlang ketika bersama Chelsea dan berjaya memenangi beberapa buah kejuaraan namun setelah menyertai Madrid, beliau gagal mengulangi prestasi tersebut.

Dihimpit dengan beberapa isu kecederaan dan masalah berat badan, Eden Hazard kerap memanaskan bangku simpanan sewaktu bersama Real Madrid.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram