Eropah

“Tap It Like Ronaldo” Jaringan Fergus Tierney Di Cyprus Curi Perhatian

Tierney PAC Omonia 29M 1 "Tap It Like Ronaldo" Jaringan Fergus Tierney Di Cyprus Curi Perhatian
PAC Omonia 29M
Advertisements

Gol persis legenda Portugal, Cristiano Ronaldo yang dicetak penyerang kebangsaan, Fergus Tierney mencuri perhatian penyokong.

Gol itu dijaringkan penyerang berusia 23 tahun itu dalam aksi pusingan pertama Cypriot Cup antara PAC Omonia 29M dengan AEP Polimidion. Video gol itu turut dikongsikan Harimau Abroad.

Menariknya, gol tersebut mengingatkan penyokong kepada Ronaldo. Ini kerana Tierney memilih menolak bola menggunakan tumit ke dalam gawang.

Seorang pengguna X bernama HabibKunReborn melihat bekas penyerang Sabah FC itu dilihat semakin menonjol sebagai penyerang tulen.

“Gila, beliau sudah jadi penyerang tulen. Naluri pun makin tajam (di depan gol),” katanya. Pandangan itu turut dipersetujui seorang lagi pengguna X bernama Facundo Garchomp.

“Saya suka Fergus Tierney. Melihat beliau menjaringkan gol dalam persekitaran asing untuk kita, orang Malaysia ibarat udara segar. Kita perlukan lebih ramai pemain macam Fergus Tierney,” ujarnya.

PAC Omonia 29M mara ke pusingan berikutnya apabila membelasah AEP Polemidia 6-2.