Elavarasan Percaya Malaysia B-22 Bukan Pasukan Yang Lemah
Asia Tenggara
FA Malaysia
Advertisements

Walaupun terpaksa akur kepada kekalahan 0-2 kepada Thailand pada aksi kedua kumpulan B Sukan Sea Kemboja, namun jurulatih Malaysia Bawah 22 (B-22), E. Elavarasan percaya kepada kemampuan anak buahnya untuk bangkit semula.

Bagi Elavarasan, pasukan yang dilatihnya kini merupakan sebuah pasukan yang kuat namun kekuatan mental perlu lebih baik lebih-lebih lagi beraksi di dalam suhu yang agak panas.

“Malaysia B-22 bukanlah sebuah pasukan yang lemah. Kami memulakan perlawanan (menentang Thailand) dengan agak baik tapi selepas kami dibolosi satu gol, pemain mula hilang fokus. Kalau kita mampu menjaringkan gol, sudah tentu moral pasukan akan jadi tinggi.

Advertisements

“Sesiapa yang menjaringkan gol terlebih dahulu, maka mereka akan lebih fokus untuk bertahan dengan baik. Yang paling penting ialah adalah mentaliti pemain. Mereka mahu menang dan saya pasti mereka akan lakukan lebih baik pada perlawanan seterusnya (menentang Vietnam),” jelas Elavarasan seperti dilaporkan Vietnam Postsen.

Kekalahan kepada Thailand ini menyebabkan Malaysia kini berada di kedudukan ketiga Kumpulan B. Malaysia tiada pilihan lain selain memenangi baki dua perlawanan menentang Vietnam dan Singapura bagi menghidupkan peluang untuk mara ke separuh akhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram