Elavarasan Temui Permata Pertahanan Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, E. Elavarasan menjelaskan bahawa pemain pertahanan Kelantan United, Aliff Najmi Shaaini mempunyai potensi besar untuk digilap dan membarisi skuad Harimau Malaya pada masa hadapan.

Elavarasan juga melihat permata bola sepak negara itu mempunyai ketinggian dan saiz yang lengkap sebagai seorang pemain pertahanan. Melihat kepada potensi yang dimiliki Aliff, Elavarasan yang juga pembantu jurulatih skuad senior negara telah memberikan Aliff peluang diserapkan ke skuad senior dalam perlawanan persahabatan tempoh hari.

“Saya rasa dia (Aliff Najmi) ada potensi (bermain dengan skuad senior) namun semua bergantung kepada perkembangan beliau dalam masa setahun ini.

Advertisements

“Malah, Aliff juga telah diserapkan beraksi untuk skuad senior ketika perlawanan ujian menentang skuad B-23 tahun tempoh hari,” jelas Elavarasan kepada Bernama dalam sesi latihan di Wisma FAM.

Dalam pada itu, Elavarasan juga melihat terdapat dua lagi pemain B-23 negara yang turut berpeluang dan berpotensi untuk diserapkan ke dalam skuad senior kebangsaan pada masa hadapan. Ianya sekali gus akan memperlihatkan transisi pemain muda ke skuad senior.

Skuad B-23 negara akan menempuh pelbagai kejohanan antaranya Piala AFF B-23, Sukan Sea 2023 di Kemboja, Sukan Asia 2023 di China dan Kelayakan Piala Asia/ Sukan Olimpik 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram