Ultras Sri Pahang, Elephant Army kembali ke stadium menggamatkan suasana selepas sebelum ini membuat keputusan untuk memboikot perlawanan melibatkan pasukan mereka, Sri Pahang.
Kehadiran luar biasa penyokong Sri Pahang di Stadium Darul Makmur sebelum ini mencecah angka 19,770 penonton dan ia digamatkan lagi dengan sokongan Elephant Army yang tidak berganjak walaupun Sri Pahang tewas teruk 1-5 kepada Terengganu.
“Terima kasih semua penyokong Pahang malam ni. Deme seme adalah Elephant Army sebab yang di luar padang jauh lebih bersemangat dari yang diatas padang.
“Kehadiran penyokong adalah satu-satunya benda yang boleh dipuji tentang perlawanan malam ni. Penuh curva dan stadium.
“Malam ni kita dah buktikan, walaupun hujan, walau keputusan perlawanan teruk, kita tetap tidak berganjak menyokong sampai wisel penamat. It’s never about us. It’s never about the result. Ini bukti betapa rendahnya kualiti skuad kita dan lapuknya taktikal jurulatih.
“Semua ni mampu diubah kalau pasukan Pahang ada pengurusan yang cakna dan cerdik dalam membuat keputusan.
“CEO dan BOD, Kami dah sampaikan mesej malam ni. Berubah atau berundur! The choice is yours.
You have seen what we are capable of! Tulis Elephant Army di Facebook.
Elephant Army sebelum ini ingin pengurusan Sri Pahang menunaikan 9 tuntutan yang disifatkan penting bagi memperbaiki kekuatan pasukan Sri Pahang dan salah satunya adalah nama pasukan “Sri Pahang’ yang disifatkan tidak bersesuaian dengan sukan bola sepak.