Advertisements
Elkan Baggott Sertai Gillingham FC
Dunia
MakanBola
IG ElkanBaggott

Pemain skuad kebangsaan Indonesia, Elkan Baggott diperkenalkan secara rasmi menjadi pemain Gillingham FC selepas dipinjamkan dari Ipswich Town bagi menghadapi saingan Liga EFL Kedua dimana ianya merupakan kasta keempat dalam piramid liga di England.

Elkan yang baru berusia 19 tahun sebelum ini dilanjutkan kontrak 3 tahun pada tahun ini menjadikan pemain tersebut akan kekal menjadi pemain Ipswich Town sehingga 2025.

Pinjaman Elkan ke Gillingham FC ini sudah tentu akan membantu perkembangan pemain muda tinggi lampai ini untuk meningkatkan prestasi dan ianya sekaligus sedikit sebanyak akan membantu Elkan tampil lebih positif bersama skuad kebangsaan Indonesia apabila diperlukan kelak.

Elkan merupakan salah seorang pemain yang membantu pasukan Indonesia lolos ke Piala Asia 2023 secara merit selepas berjaya menyingkirkan pasukan pilihan seperti Kuwait yang menjadi tuan rumah aksi kelayakan.

Perpindahan pinjaman Elkan ke Gillingham disambut baik para peminat bola sepak Indonesia yang sememangnya mengharapkan pemain kesayangan mereka itu terus beraksi di Liga England dan berkembang menjadi lebih baik pada masa akan datang.