Elon Musk Pasang Niat Beli Manchester United
MakanBola
Football Talk
Sponsors

Dengan tarikh akhir 17 Februari ini, semakin ramai pihak yang menunjukkan minat membeli Manchester United. Dan khabarnya, individu kedua terkaya di dunia Elon Musk juga dilaporkan berminat mendapatkan Red Devils.

Sebelum ini, beberapa pihak sudah menunjukkan minat mendapatkan United termasuk orang terkaya di United Kingdom, Sir Jim Ratcliffe. Tetapi setakat ini, hanya Ratcliffe yang membuat pengisytiharan terbuka berkenaan hasratnya memiliki kelab yang berpangkalan di Manchester itu.

Ad

Menurut Daily Mail, Musk dikatakan menunjukkan minat terhadap kelab tersebut dan sedang memikirkan sama ada membida atau tidak.

Ad

Ini disebabkan sumber kelab yang enggan dikenali mendedahkan beberapa pihak telah memeterai perjanjian sulit bagi membolehkan mereka melihat data yang dimiliki kelab.

Ini termasuk beberapa pelabur Arab Saudi yang berasingan daripada pemilik Newcastle United ketika ini, Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF). Sekiranya mereka melancarkan bidaan, mereka memerlukan seseorang yang berkarisma untuk mengetuainya – individu seperti Musk.

Ad

Jutawan berdarah Afrika Selatan itu bukan sekali mencetuskan keributan tentang niatnya membeli Manchester United. Seawal Ogos lepas, Musk mengumumkan beliau berminat membeli kelab berkenaan.

Ad

Tetapi beberapa jam selepas itu, beliau menyatakan itu hanyalah gurauan semata-mata dan tiada minat memiliki mana-mana pasukan sukan. Begitupun, dengan potensinya sebagai penjana keuntungan dan pengaruh, ia satu kemungkinan yang pasti menarik perhatian Musk.

Ketika ini, keluarga Glazers menetapkan nilai £6 bilion (RM31.7 bilion) sebagai nilai jualan. Tetapi ramai menjangkakan harga paling realistik buat United ialah £4.5 bilion (RM23.8 bilion).

Tidak kiralah sama bidaan tersebut dibuat secara bersendirian atau kerjasama dengan pelabur-pelabur Saudi, kemungkinan Musk menjadi pemilik Red Devils merupakan sesuatu yang pasti mengujakan penyokong.