Emir Qatar Mahu Bayar RM23 Bilion Untuk Dapatkan Manchester United
Dunia
Sportstar
Advertisements

Selepas pemilik Manchester United, keluarga Glazers mengumumkan kelab itu akan dijual, beberapa pihak mula menunjukkan minat.

Terbaru, Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani dikatakan bersedia membayar £4.5 bilion (RM23 bilion) untuk mendapatkan kelab yang berpangkalan di Manchester itu. Sebelum ini, jutawan terkaya di Britain Sir Jim Ratcliffe turut menyatakan minat mendapatkan United.

Tetapi baginda akan berdepan satu masalah sekiranya pembelian Red Devils berjaya: dihalang daripada bertanding di Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Ini disebabkan Qatar menerusi Qatar Sports Investment (QSI) merupakan pemilik Paris Saint Germain.

Advertisements

Peraturan UEFA tegas menyatakan pemilik dua kelab yang sama tidak dibenarkan berdepan antara satu sama lain dalam mana-mana pertandingan yang dianjurkannya.

Justeru, pilihan mereka ialah melobi UEFA untuk mengubah peraturan yang ditetapkan. Satu lagi pilihan ialah menyokong secara tidak langsung usaha pelabur-pelabur negara Teluk itu untuk mendapatkan United.

Advertisements

Sejak keluarga Glazers menyatakan hasrat menjual kelab berkenaan pada November tahun lepas, mereka meletakkan nilai £6 bilion (RM31 bilion) sebagai harga jualan. Bagaimanapun, ramai pihak termasuk Ratcliffe menganggap harga yang diletakkan itu sebagai tidak realistik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram