Empat Tahun Terpinggir, Fazly Mazlan Kini Kembali
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Selepas beberapa tahun melalui liku karier yang turun naik, kini nama pemain pertahanan kiri Selangor FC, Fazly Mazlan kembali menjadi sebutan sebagai salah seorang pemain pertahanan kiri terbaik dalam negara.

Selepas mempamerkan aksi konsisten bersama Selangor musim ini, nama Fazly kini tersenarai dalam 30 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 Disember ini.

Pada awalnya, nama Fazly hanya berada di dalam senarai pemain bersedia namun jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memilih untuk memanggil Fazly untuk mencukupkan pemain menjadi 30 orang. Berkemungkinan besar panggilan Fazly ke kem skuad kebangsaan adalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Corbin Ong yang disahkan tidak dapat menyertai skuad kebangsaan kali ini.

Advertisements

Beraksi di pertahanan kiri, Fazly perlu merebut tempat dengan dua lagi pemain pertahanan kiri dalam panggilan skuad kebangsaan kali ini iaitu pemain Kuala Lumpur City FC, Declan Lambert dan pemain muda PJ City, V. Ruventhiran.

Daripada 30 pemain yang dipanggil, Kim Pan-gon hanya akan memilih 23 pemain terbaik yang akan dibawa ke kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.

Untuk rekod, kali terakhir Fazly menyarung jersi Harimau Malaya adalah empat tahun yang lepas iaitu pada 13 Oktober 2018 di mana Malaysia menentang Sri Lanka dalam aksi persahabatan. Perlawanan tersebut barakhir dengan kemenangan 4-1 memihak Malaysia dan Fazly beraksi dalam kesebelasan utama sebelum dikeluarkan pada minit ke-64.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram