Endrick dos Santos Sah Tidak Akan Diturunkan Menentang JDT
Dunia
Penang FC
Advertisements

Menjelang perlawanan Liga Super yang menemukan Penang FC dan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) malam esok, skuad Penang menerima satu tamparan hebat apabila kapten mereka tidak akan diturunkan dalam perlawanan getir esok.

Endrick dos Santos merupakan tonggak utama dan kapten pasukan Penang musim ini. Ketiadaan beliau semestinya akan dirasai apabila berdepan JDT lebih-lebih lagi Penang kini berada di kedudukan tercorot liga.

Jadi kemenangan perlu diraih untuk memperbaiki kedudukan liga. Ketiadaan Endrick dalam skuad Penang esok telah disahkan sendiri oleh pihak Penang FC dalam satu muat naik di laman instagram rasmi mereka.

Advertisements

Menjengah ruangan komen di laman instagram Penang FC, para penyokong ada yang bersetuju untuk merehatkan Endrick dek kerana prestasi kurang memberansangkan beliau sejak kebelakangan ini. Namun ada segelintir penyokong yang merasa pelik dengan ketiadaan Endrick di kala pasukan Penang bakal berdepan perlawanan getir menentang JDT.

Endrick dikhabarkan telah diminta oleh pengurusan untuk mengambil cuti rehat sehingga 31 Julai 2022. Ini bermakna selain tidak akan diturunkan menentang JDT esok, Endrick juga tidak akan membantu pasukan Penang dalam menghadapi suku akhir menentang Sri Pahang pada 23 Julai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram