Dunia
Advertisements

Pengendali England, Gareth Southgate menggunakan taktikal berbeza kali ini dengan formasi 4-2-3-1. Beliau memasukkan pemain baru Manchester United, Jadon Sancho dalam kesebelasan utama. Manakala di pihak Ukraine pula, Andriy Shevchenko menggunakan formasi 5-3-2 yang dilihat lebih cenderung untuk mengukuhkan benteng.

Permainan dimulakan dengan penguasaan England dan hasilnya seawal minit ke 4 satu hantaran menarik dari Raheem Sterling menemui penyerang Harry Kane yang dengan mudah melakukan penyudah menewaskan George Buschan di gawang Ukraine untuk kedudukan 1-0.

Selepas gol itu terhasil, England terus menguasai perlawanan dan Ukraine menunggu untuk melakukan serangan balas.

Pada minit ke 17, satu kesilapan dari Kyle Walker yang menolak bola ke belakang hampir dihukum Yaremchuk namun rembatannya yang lemah mudah diselamatkan Jordan Pickford.

Pickford Save Euro 2020: England Belasah Ukraine
Pickford menyelamatkan rembatan Yaremchuk

Declan Rice hampir menambah jaringan buat England pada pada minit ke 33 namun rembatan derasnya tepat ke arah penjaga gol Ukraine.

Kedudukan kekal 1-0 memihak England tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula dan baru sahaja 10 saat permainan berlangsung, England mendapat sepakan percuma.

Luke Shaw yang mengambil sepakan itu terus mencari kepala Harry Maguire yang menanduk deras menewaskan Buschan untuk kedudukan 2-0.

Selang 3 minit, Luke Shaw sekali lagi menunjukkan bahawa beliau adalah bek kiri terbaik England pada masa kini apabila satu hantaran lintang dari beliau tepat kepada kapten pasukan England, Harry Kane yang mudah menanduk masuk untuk terus menjarakkan kedudukan kepada 3-0 dan ianya juga gol ketiga peribadi beliau dalam kejohanan Euro 2020.

Ukraine kelihatan semakin hilang fokus dan terus membiarkan England menguasai perlawanan.

England tidak menunggu lama apabila pada minit ke 63, pemain tengah berpengalaman yang baru dimasukkan iaitu Jordan Henderson menambah derita Ukraine dengan gol ke 4 hasil sepakan sudut yang diambil dengan baik oleh bintang Chelsea, Mason Mount.

Gol oleh Jordan Henderson

15 minit terakhir memperlihatkan England terus dominan. Walaupun Ukraine cuba mengatur gerakan, namun kesmuanya berjaya dipatahkan England sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan berkesudahan 4-0 dan England mara ke separuh akhir. Menanti mereka ialah pasukan Denmark yang mara lebih awal selepas menewaskan Republik Czech dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Advertisements
Kredit Highlight Stadium Astro

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram