EPL
OptaJoe
Advertisements

Man Utd gagal memanfaatkan kelebihan di gelanggang sendiri selepas tewas 1-0 kepada jiran setempat, Man City dalam perlawanan EPL di Old Trafford hari ini.

United yang masih dihantui kekalahan 6-3 di tangan anak-anak buah Pep Guardiola mengasak pelawat sebaik sepak mula. Red Devils hampir berada di depan menerusi pemain tengah Bruno Fernandes pada minit ke-11 tetapi sepakannya ke arah gol City tersasar.

Citizens yang dilabel pasukan pilihan seakan buntu menembusi pertahanan Man Utd yang diketuai Raphael Varane. Ini dapat dilihat menerusi percubaan Erling Haaland pada minit ke-23 tetapi percubaannya berjaya disekat Fred.

Advertisements

Tetapi peluang terbaik United hadir pada minit ke-34 menerusi penjaring terbanyak Marcus Rashford. Satu hantaran jauh ke penyerang England itu cuba disekat oleh Ederson yang keluar dari gawang tetapi berjaya dipintas Rashford.

Marcus Rashford Manchester United 1 EPL: 2 Gol '1 Dalam Seribu' Hiasi Kemenangan Man Utd Atasi Man City
Rashford menjadi ancaman utama terhadap pertahanan Man City. Gambar: Manchester United

Rashford kemudiannya melarikan bola ke arah gol tetapi sepakannya berjaya ditolak keluar oleh bek tengah Man City, Manuel Akanji.

Beberapa minit selepas itu, Rashford sekali lagi mencemaskan pertahanan City. Christian Eriksen melorongkan bola kepadanya sebelum dia melarikan bola ke arah gol.

Advertisements

Bagaimanapun, sentuhan pertamanya terlampau berat semasa cuba menyepak memudahkan Ederson menangkapnya. Citizens hanya mula mengancam menerusi percubaan jarak jauh Kyle Walker pada minit akhir babak pertama tetapi tersasar. Keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, pengurus United, Erik ten Hag memasukkan Antony dengan Guardiola pula membawa masuk Jack Grealish. Percaturan Guardiola berhasil apabila bekas kapten Aston Villa itu menanduk masuk hantaran Kevin de Bruyne pada minit ke-60.

Tersentak, Man Utd cuba bangkit dengan ten Hag memasukkan Alejandro Garnecho menggantikan Eriksen. Hasilnya, tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi serangan balas yang disudahkan Fernandes pada minit ke-78.

Advertisements

Pasukan pelawat yang masih tersentak dengan jaringan penyamaan tuan rumah sekali lagi dibolosi buat kali kedua menerusi tolakan mudah Rashford pada minit ke-82.

Fernandes membuat satu hantaran tepat kepada Garnecho sebelum melarikan bola ke arah kotak penalti City. Walaupun berjaya disekat kali pertama oleh Nathan Ake, hantaran pemain muda Argentina itu mudah ditolak Rashford untuk gol kemenangan tuan rumah.

City cuba bangkit tetapi Man Utd kental menyerap asakan mereka sehingga tamat perlawanan. Dengan kemenangan ini, United memintas Newcastle ke tangga ketiga liga dengan 38 mata.

Advertisements

Manakala anak-anak buah Guardiola pula kekal di tangga kedua dengan 39 mata. Selepas ini, United bakal berdepan Crystal Palace pada awal pagi 19 Januari. Sementara Citizens pula menerima kunjungan Tottenham pada awal pagi 20 Januari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram