EPL: Arsenal Tamatkan Badi Kemenangan, Tewaskan Aston Villa
EPL
Ben Jacobs
Advertisements

Arsenal menamatkan badi tiga perlawanan EPL tanpa kemenangan apabila mencatat kemenangan 4-2 ke atas Aston Villa di Villa Park hari ini.

Sebaik sepak mula, tuan rumah yang baru saja mengharungi dua kekalahan baru-baru ini mahu bangkit dan menjadikan Gunners sebagai mangsa mereka. Hasilnya, mereka mendahului menerusi penyerang Ollie Watkins pada minit kelima.

Bagaimanapun, kelebihan Villa tidak bertahan lama apabila Bukayo Saka menyamakan kedudukan pada minit ke-16. Cubaan Tyrone Mings mengeluarkan bola hanya sampai ke kaki Saka sebelum pemain sayap England itu melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez.

Advertisements

Arsenal kemudiannya berusaha memburu gol kedua. Tetapi malangnya, mereka sekali lagi ketinggalan apabila Philippe Coutinho mudah menyempurnakan hantaran Emi Buendia bagi meletakkan Villa 2-1 pada minit ke-30. Keputusan 2-1 kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, Gunners menggandakan asakan bagi mendapatkan gol penyamaan. Usaha mereka berhasil apabila Olexandr Zinchenko meledakkan gol pada minit ke-61 dengan gol tersebut merupakan gol pertamanya bersama Arsenal.

Aston Villa hampir-hampir mendahului pada minit ke-82 menerusi Leon Bailey tetapi sepakannya berjaya ditepis Aaron Ramsdale sebelum terkena palang.

Advertisements

Tetapi Arsenal akhirnya meraih gol ketiga menerusi gol sendiri Martinez selepas tertampan sepakan Jorginho ke gawang sendiri pada minit ke-93. Dan Gunners bertambah selesa apabila Fabio Vieira melarikan bola ke bahagian Villa sebelum mudah menolak bola ke gawang kosong pada minit ke-97.

Dengan kemenangan ini, Arsenal kembali mendahului EPL dengan 54 mata. Tetapi ini boleh saja berubah sekiranya Manchester City menang perlawanan mereka ke atas Nottingham Forest hari ini. Manakala Villa kekal di tangga ke-11 liga.

Arsenal bakal bertandang ke Stadium King Power pada 25 Februari menentang Leicester City. Sementara Aston Villa pula ke Goodison Park berdepan Everton pada hari yang sama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram