EPL: Brighton Malukan Manchester United Di Old Trafford

manchester united brighton 2022 EPL: Brighton Malukan Manchester United Di Old Trafford
Manchester United
Syafiq Freman @syafiqfreman
10:55pm 07/08/2022

Manchester United membuka kempen Liga Perdana Inggeris 2022/23 dengan kekalahan memalukan 2-1 ke atas Brighton. Lebih memilukan, kekalahan tersebut berlaku di halaman sendiri Manchester United, Old Trafford.

Pelawat bermula baik dengan membuka jaringan pada minit ke-30 menerusi jaringan P. Groß selepas menerima hantaran Welbeck.

Selang 9 minit kemudian Brighton menambah derita tuan rumah dengan jaringan ke-2 yang turut dihasilkan oleh P. Groß.

Bersambung babak ke-2 Manchester United cuma bangkit dengan melakukan beberapa pertukaran pemain.

Manchester United berjaya merapatkan jurang pada minit ke-68 menerusi jaringan sendiri Allister namun perlawanan berkesudahan dengan 3 mata penuh milik Brighton.

Manchester United bakal bertemu Brentford 14 Ogos ini di Stadium Komuniti Gtech.

Dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang lain, Arsenal menewaskan Crystal Palace 0-2 manakala Fulham berjaya mengikat Liverpool 2-2 di Craven Cottage.