EPL: Chelsea Benam Spurs, Teruskan Rentak Kemenangan
EPL
twitter: @ChelseaFC
Advertisements

Spurs melayan kunjungan Chelsea di Stadium Tottenham Hotspur untuk aksi kelima Liga Perdana Inggeris mereka musim ini. 

Tuchel telah merehatkan Eduardo Mendy bagi memberi peluang kepada Kepa Arrizabalaga untuk membuat debut. 

Turut sama, debut buat bekas pemain Barcelona iaitu Emerson Royal menggantikan Tanganga kerana menerima kad merah pada perlawanan sebelum ini. 

Advertisements

Babak pertama bermula menyaksikan kedua-dua buah pasukan memberikan tekanan yang tinggi apabila masing-masing cuba untuk menguasai permainan. 

Pada minit ke-33, Spurs hampir menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi Son. Malangnya pemain antarabangsa Korea Selatan itu gagal menerima bola dengan kemas lalu ditangkap kemas oleh Kepa. 

Pertukaran drastik yang dilakukan oleh Tuchel pada separuh masa kedua dengan memasukkan N’golo Kante bagi menggantikan Mason Mount membuahkan hasil apabila Thiago Silva berjaya menanduk kemas hantaran sudut daripada Marcos Alonso.

Advertisements

Pada minit ke-57 perlawanan, N’golo Kante berjaya menjarakkan Chelsea dengan dua gol di hadapan. Gol tersebut terhasil daripada tampanan kurang kemas pemain pertahanan Spurs, Eric Dier.

Thiago Silva sekali lagi hampir memberikan gol ketiga buat Chelsea. Malangnya tandukan beliau berjaya di tepis kemas oleh Hugo Lloris.

Di minit akhir permainan, Tony Rudiger memastikan tiga mata penuh milik Chelsea. Chelsea menang bergaya keatas Spurs, 3-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram