Chelsea mengukuhkan kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris selepas seri 1-1 menentang Manchester United di Stamford Bridge.
Chelsea membuat asakan seawal minit pertama dan mendominasi permainan pada separuh masa pertama namun tiada sebarang jaringan terhasil dari kedua-dua pasukan.
Kebuntungan jaringan akhirnya tamat setelah Jadon Sancho mencatatkan jaringan pertamanya bersama Manchester United di Liga Perdana Inggeris pada minit ke-50 dalam satu serangan balas menewaskan Edouard Mendy.
Walaubagaimanapun Jorginho berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-69 menerusi sepakan penalti selepas Silva dijatuhkan dalam kotak penalti menjadi kedudukan 1-1.
Disebalik serangan bertali arus dilakukan Chelsea selepas itu, namun Manchester United berjaya bertahan dengan baik.
Manchester United bakal bertemu Arsenal Jumaat ini di Old Trafford.